Rabu, 27 Jun 2012

My Junior...Siti Aisyah Damia


Damia ketika 2 hari di hospital Ampang, Selangor. Waktu ini tengah tunggu nak keluar dari hospital jam 2.45 petang...


Damia hari pertama...




Damia hari ke-2...





 Damia 5 hari...kejenye asyik tido je lepas mandi sbb perut dh kenyang...
sleeping time...




Damia dah sebulan...time to play...time ni sibuk belajar berborak lak...

 Akhirnya berjaya gak bagi Mia isap puting nyonyotnya sbb nak elakkan dr dia nangis je...
sekejap ye bertahan dlm 2 bulan pastu dia dh taknak dah....Mia Oh Mia...

 Jari Mia mengenggam jari Umi...kasih ibu pada anak...


cian Mia anak Umi...firstime demam...letak cool fever baby bagi surut panas sikit...


Ahad, 24 Jun 2012

Firstime Kehilangan ID Kad...Sedih

Jumaat, 22 Jun 2012 merupakan hari sedihku...

Pagi jumaat tu sampai office jam 8.40 pagi dengan hati tenang dan ceria...kebetulan pagi tu tak jem sangat jalan raya clear seronok pergi keje kalau tidak pagi2 g keje tension tengok jalan jem. Pagi2 keluar dari rumah tawakal je. dah jadi rutin harian pagi2 kuar rumah kalau kuar jam 7.45 pagi sempat lagilah bernafas nak tolak keta2 yang block keta aku pagi2 tu. kalau keluar rumah lambat sikit kul 8.00 pagi dah lambat sangat akan kelam kabutlah aku nampaknya dengan pelbagai hal...dengan hal nak tolak ketalah, dengan keta kena block pastu tarik handbreak lah, dengan penduduk parking keta ikut suka hati diorang je tunggang langgang, sempit orang lain nak keluarkan keta...pastu calar balar keta dibuatnya. 

betul-betul mencabar keimananku pagi2 g keje....ada skali tu sampai aku tak dapat g keje lewat sbb keta tak dapat keluar kena block...angin hantu aku dah naik apa lagi satu sepakkan padu aku lepaskan ke body keta owner tu...nasib baik kaki aku tak sakit atau tak kemek mana kun keta tu....tu lah padan muka...sapa suruh tak beringat....balik keje tu aku tgk keta tu ada lagi...apa lagi 'nota cinta' aku tinggalkan untuk tatapan owner keta tu.... selama seminggu lepas tu aku tak penah nampak lagi keta tu parking kat situ...

tulah lain kali beringat ada menyusahkan orang lain atau tak sebelum tinggalkan keta tu kat situ. ataupun tinggallah no tel untuk mudah org nak call untuk alihkan keta tu. tapi takpe lah aku dah lupakan kisah tu dan aku dah maafkan dia...ia sebagai pengajaran bagi diriku juga...:)

panjang lak cite aku ini...sebenarnya bukan aku nak cite tentang owner keta tu....tapi tentang ID kad ku hilang..

balik kepada cerita kat perenggan first tu...lepas makan tengahari jam 2.00 ptg masuk office macam biasa dah balik dari makan aku akan masukkan dompet ku terus ke beg tangan ku yang terletak di sebelah kiri kerusi ku duduk...lepas tu aku uruskan keje2 rutin ku seperti biasa...jam 3.00 petang ada test exam English. Sebelum tu aku duk uruskan Iklan Sinar Harian ambik artwork dari grafik designer dan berikan pada staff RSC wakilku untuk diberikan kepada pegawai media sinar...aku tak dapat nak bagi sendiri sbb nak bergegas mengejar exam English telah start pada jam tu.

selepas je exam habis...balik ke tempat mejaku...waktu tu aku mmg tak perasan sama ada dompet tu masih ada lagi atau tak...aku duduk sebentar dan mengambil diari catitan keja ku untuk ku bawa naik bersama-sama ke tingkat 4 untuk mengikuti meeting event gamat gemilang 2012 tahun ini. tak sangka pulak dalam aku suka2 dalam meeting tu..rupa2nya ada petanda musibah bakal aku dapat keesokkan harinya..

aku mula perasan dompetku tiada sewaktu di dalam kereta apabila telah selesainya parking kereta di rumah. waktu itu aku ingat nak ke kedai beli lauk ayam dan daging untuk buat bubur anakku untuk hari jumaat esok. dalam kepalaku mula buat andaian mungkin tertinggal di office kot sbb kadang2 tu aku lepas lunch ada terus letak dalam laci meja atau terus dalam beg tangan. nasib balik ada aku selitkan rm20 di celah2 poket beg tangan klu tak.. tak tahu kt mane nak cari duit nak beli bahan2 bubur anakku Mia...Alhamdulillah ada rezeki Mia...

sampai je di office pagi tu puas aku menyelongkah semua tempat, perasaan tu mula berubah...mula rasa tak sedap hati benda yang ku harap agar jumpa semula langsung tidak dapat dijumpa...aku mula panik dan mengelabah...apa aku perlu buat ni....tak ada dah...tak ada langsung ini...tak nampak langsung ini...mana perginya dompet ku itu....adakah aku salah letak??? kat mana ye dompet ku itu???? siapa yang mengambilnya???? macam-macam yang aku fikir masa tu...